
Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Walaupun berpuasa ia tidak menghalang saya dan pasukan Malaysia U23 menjalani latihan bagi persiapan untuk menghadapi sukan SEA 2009 di Laos bulan Disember ini.
Untuk sesi latihan pertama saya dan pasukan hanya diberi 2 hari pelepasan berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Ini kerana kami perlu menghadapi 2 perlawanan persahabatan di Arab Saudi pada 30.08.2009 - 01.09.2009. Malaysia U-23 akan bertemu dengan pasukan National Arab Saudi yang kini masih dalam kempen kelayakan piala dunia 2010.
Malaysia diundang oleh pasukan Arab Saudi yang berada dalam ranking bawah 100 dunia apabila Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang ketika menentang Manchester United yang lalu. Kami dikehendaki melaporkan diri untuk menjalani latihan intensif pada puasa ke-3.
Saya disini berharap kepada penyokong dan peminat pasukan Malaysia mendoakan kejayaan pasukan untuk menaikkan ranking pasukan Malaysia. Saya akhiri posting saya ni dengan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam.
salam ramadhan n gudluck!!!!
:.AtiqaMusa.:
August 22, 2009 at 11:34 AM
selamat berpuasa bro...
Unknown
August 24, 2009 at 7:53 AM
Selamat maju jaya!!
syukrina othman
August 31, 2009 at 11:29 PM