zaq1-adha

About

sejuk!!!!!!!

Thursday, November 12, 2009

salam semua...sori coz dah lama x update blog ni...1st skali thankz kpda semua yg still support saya.alhamdulillah buat masa skarang sy sihat tp sibuk sgt dgn game...habis je fainal piala msia hr 2 sy terus ber angkar ke palembang indonesia selama 3hr..smpi je dkt msia keesokan mlm ni sy terbang ke uzbekistan...skarang sudah pun sampi dkt sini...cuaca dkt sini sejuk sgt..berasap2 mulut.hahaha...sy dan pasukan akan menghadapi perlawanan untuk kelayakan piala asia pada 14hb dan akan bermain di malaysia pada 18 hb menentang team yg sama..apa2 pun minta doa dr seluruh peminat semoga kami dpt buat yg terbaik...k lah nak tido jap...ptg ni kena lari lg...sy akan update blog ni lg jika ada keruangan masa..salam...

traning lepas 2 jam berbuka

Monday, August 24, 2009

salam....hari ni hr ke-2 traning dlm bulan puasa....1st day traning mcm nak pecah perut belari,mana x nyer br je 2 jam lps berbuka dah kena trn traning...anyway nak buat mcm mana dah kerja,so xblh nak merungut..untuk pengetahun member2 semua tiap2 hr team u-23 akan menjalani 2 sesi latihan dalam bulan puasa ni.sebelum berbuka pukul 6.15 sampai 7.00.lps 2 break untk berbuka n sambung dr pukul 9.30 smpi kul 12.00..siang pulak x tau nak buat apa,tido je la kejer...pape pun best jgk traning mcm ni..ok lah...sy akan update lg,terima kasih la kpda semua yg sudi tgk blog sy ni..

zaquan adha

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Walaupun berpuasa ia tidak menghalang saya dan pasukan Malaysia U23 menjalani latihan bagi persiapan untuk menghadapi sukan SEA 2009 di Laos bulan Disember ini.

Untuk sesi latihan pertama saya dan pasukan hanya diberi 2 hari pelepasan berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Ini kerana kami perlu menghadapi 2 perlawanan persahabatan di Arab Saudi pada 30.08.2009 - 01.09.2009. Malaysia U-23 akan bertemu dengan pasukan National Arab Saudi yang kini masih dalam kempen kelayakan piala dunia 2010.

Malaysia diundang oleh pasukan Arab Saudi yang berada dalam ranking bawah 100 dunia apabila Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang ketika menentang Manchester United yang lalu. Kami dikehendaki melaporkan diri untuk menjalani latihan intensif pada puasa ke-3.

Saya disini berharap kepada penyokong dan peminat pasukan Malaysia mendoakan kejayaan pasukan untuk menaikkan ranking pasukan Malaysia. Saya akhiri posting saya ni dengan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam.

Selamat Datang Ke Blog Zaquan Adha

Saturday, August 15, 2009

zaquan adha

Hello semua saya ucapkan selamat Datang ke blog zaq1-adha. Ini merupakan entry pertama di mana sejarah baru bakal dicatatkan. Tujuan saya membuat blog peribadi zaq1-adha adalah minat untuk berkogsi pengalaman,cerita dan melontarkan pandangan saya tentang dunia sukan dan apa saja yang berkaitan dengan saya.

Oleh itu, saya akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.

Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Blog ini telah diaktifkan pada 15 August 2008, hari Sabtu.